Dari tahun 1984 hingga 1992 beliau telah menghasilkan sembilan siri Risalah Usrah.
Beliau menjadi Presiden JIM dari 1991 hingga 1999. Semasa memimpin JIM, beliau telah menghasilkan 18 buah buku berkenaan dakwah, islah dan reformasi masyarakat.
Apabila tercetusnya Reformasi pada tahun 1998, beliau turut menjadi aktivis untuk menuntut keadilan dan perubahan. Akibatnya beliau ditahan di bawah ISA pada 12 Oktober 1998. Setelah bebas, beliau aktif dalam Parti KeADILan Nasional dan dilantik mengetuai beberapa Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat.
Beliau dit

Sempena kempen “Malaysia Bebas dari ISA” yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada Disember 2004, Saari juga telah menerbitkan lapan buah monograf menjawab pelbagai soalan tentang ISA.
Setelah dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS Gombak dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dan bahan penerangan antaranya:
1) 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia (2005)
2) Burhanuddin Al-Helmy: Hari-hari Aku Dizalimi (2006)
3) Penerangan Menjana Perubahan (2007)
4) Hasan Al-Banna dan 5 Mursyid Pewaris Perjuangan (2007)
5) 4 siri Buku Panduan Penerangan (2007)
6) Buku Panduan Strategi & Teknik Merayu Undi (2008)
Saari berkelulusan BSc Materials & Mechanical Engineering dari University of Aston, United Kingdom (1982) dan Master in Business Administration dari University of Hull, United Kingdom (1993).
Kini beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Hulu Kelang, Selangor.
No comments:
Post a Comment